Budaq hero

Saturday 5 May 2012

BuDaQ HeRo: KASIH SAYANG

BuDaQ HeRo: KASIH SAYANG: Kasih sayang umpama air.Tanpa air,kita akan kehausan. Kasih sayang umpama udara.Tanpa udara,sesaklah nafas. Kasih sayang umpama mentari.Tan...

KASIH SAYANG

Kasih sayang umpama air.Tanpa air,kita akan kehausan. Kasih sayang umpama udara.Tanpa udara,sesaklah nafas. Kasih sayang umpama mentari.Tanpa mentari,tiadalah cahaya. Kasih sayang umpama bulan.Tanpa bulan,tiadalah seri. Namun dalam kesibukan manusia bekerja,sibuk mencari wang,sibuk meningkatkan prestasi diri,sibuk memuja minat sehingga ada yang mengabaikan nilai kasih sayang di dalam kehidupan. Sesungguhnya sifat kasih sayang adalah milik setiap makhluk. Oleh itu,suburkanlah perasaan kasih sayang di dalam diri masing masing sebelum terlambat.Apatah lagi,kita diajar dan dididik oleh Nabi saw untuk sentiasa berkasih sayang.Alangkah indahnya hidup ini jika kasih sayang ada di mana mana.Lebih indah lagi andai kasih yang dicurahkan itu kerana mengharap redha Allah SWT.

Kisah 2 orang pemuda kaya....

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya. Orang kaya I : ” Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.” Terus dia panggil pemandunya si King Kong ” King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.” King Kong pun menjawab dengan sopan, ” Yes Sir !! Right A way !!” Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, ” Nampak? Apa aku cakap….dia buat betul-betul” Orang kaya II : ” Haha….itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.” Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. ” Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?” Rambo: ” Yes Sir !! Right A Way !!” dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, ” Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : ” Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!” Rambo : ” Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah…..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!

Friday 16 March 2012

Kelebihan solat berjama'ah

Hukum solat berjama'ah:
Mazhab Syafie: Wajib Fardu Kifayah.
Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain.
Mazhab Hanafi dan Maliki: Sunat mu'akkad.


Nabi saw. bersabda, "Solat berjama'ah itu lebih afdhal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat". (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi saw. bersabda, "Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan solat berjama'ah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad).


Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjama'ah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjama'ah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. (HR Abu Daud)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang solat Isya' secara berjama'ah maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjama'ah maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang solat Subuh berjama'ah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah Ta'ala" (HR Ibn Majah)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mendirikan solat selama 40 hari dengan berjama'ah dan bertakbiratul ihram bersama imam maka dia akan mendapat dua jaminan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq (munafiq)" (HR. Tirmidzi).


Rasulullah s.a.w bersabda," Apabila imam membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kamu hendaklah membaca اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda,"Apabila imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat nescaya akan diampunkan oleh Allah segala dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

Matlamat berpuasa




Matlamat puasa ialah TAQWA.

Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)